large_ITLIg78HzAEe.jpg


ONEXOX - Inovasi Prabayar Terkini


large_aZieT8cHT6LH.jpg

PENGENALAN ONEXOX

ONEXOX merupakan jenama kepada perkhidmatan mudah alih prabayar yang dimiliki oleh ONE XOX Sdn Bhd(anak syarikat XOX Com Berhad). ONEXOX menawarkan pelan yang fleksibel bagi memenuhi keperluan telekomunikasi harian kita. Selain kadar biasa yang kompetitif, ONEXOX juga menawarkan lebih penjimatan untuk panggilan suara, SMS dan pelan data internet dengan kadar yang rendah .

ONEXOX menawarkan pelan yang fleksibel bagi memenuhi keperluan telekomunikasi harian anda. Selain kadar biasa yang kompetitif, kami juga menawarkan lebih penjimatan keatas kadar rendah apabila baki kredit di dalam Akaun Dedikasi digunakan. Beberapa denominasi tambah nilai yang dibuat akan dipecahkan ke Akaun Dedikasi dan Akaun Utama bagi memberi ruang penjimatan kepada anda.


AKAUN DA & MA

Kaedah caj:
Panggilan dan SMS dikenakan pada kadar rendah daripada baki Akaun Dedikasi. Kadar biasa daripada baki Akaun Utama dikenakan setelah ketiadaan baki di dalam Akaun Dedikasi.

large_c9UrVKxFt4Eg.jpg

Semua Pembelian Tambah nilai ONEXOX yang dikenakan Cukai GST 6%, akan mendapat pulangan balik 6% nilai Kredit dari ONEXOX selepas 3 hari Topup dibuat

Sebagai contoh: Pembelian Topup RM10 maka anda perlu membayar sebanyak RM10.60 sen manakala anda akan dapat Nilai Kredit bernilai RM10 ringgit. Bagaimana pun nilai 60sen yang anda telah bayar cukai akan masuk kedalam DA selepas 3 hari.

large_x73nmYTGkNZs.jpg


HANYA 5 SEN PANGGILAN SINGKAT 10 SAAT

Ramai daripada kita semua hanya membuat pangilan pantas kurang dari 10 saat. Anda hanya dikenakan caj sebanyak 5 sen sahaja jika membuat panggilan kurang daripada 10 saat. Kebiasaan Telco lain mengenakan charge SEMINIT jika anda membuat panggilan kurang dari 10 saat, tetapi TIDAK dengan ONEXOX, Kadar panggilan kurang dari 10 saat hanya 5 sen sahaja!


FRIENDS & FAMILY

Di ONEXOX anda dapat menikmati penjimatan berganda dengan kadar Friends and Family. Anda boleh memilih 10 nombor ke mana-mana rangkaian malah ke talian tetap (TM).


1800 SMS PERCUMA*

Sebagai penghargaan, syarikat memberikan 1800 SMS percuma kepada pengguna baru Prepaid Murah ONEXOX dalam rangkaian yang sama.

* 150 sms akan diberikan setiap bulan secara percuma sehingga 12 bulan.


TEMPOH SAH 28 BULAN PERCUMA*

Jika anda memilih mengekalkan nombor anda yang anda pakai sekarang kepada ONEXOX, anda layak untuk menerima 28 Bulan Tempoh Aktif!

* Bagi pengguna yang membeli Starter Pack baru, adalah diwajibkan untuk menambah nilai denominasi RM50 dalam masa 30 hari bagi mendapatkan tempoh aktif 28 bulan.

large_4vUr7tviy4YT.jpg


PELAN INTERNET


Anda boleh menikmati kadar internet yang paling berbaloi setiap bulan bagi melanggan data internet kelajuan tinggi. Pakej internet ONEXOX tidak menggunakan sistem "Pay per Use" apabila kuota internet telah habis digunakan serta mengelakkan dari menolak kredit pelanggan tanpa di sedari oleh pelanggan. Pengguna masih boleh menggunakan internet walaupun setelah kehabisan kuota bagaimanapun kelajuan internet akan diturunkan. Pengguna mempunyai pilihan untuk menambah kuota data internet bagi menikmati internet kelajuan tinggi.

Anda boleh melanggan pelan internet dengan hanya menghantar SMS ke 22111.

SMS ke 22111: TRNSDA(amaun yang ingin dipindahkan)
contoh: 1XD500 (Langgan pelan internet RM18/500MB)




PINDAHAN KREDIT

Anda boleh memindahkan sebahagian amaun daripada DA ke MA untuk menggenapkan kredit MA bagi melanggan pakej internet mudah alih & membuat pindahan kredit MA ke pihak ke-3.

SMS ke 22111: TRNSDA(amaun yang ingin dipindahkan)
contoh: TRNS DA 15 (Pindah kredit sebanyak RM15)


PROGRAM USER GET USER (UGU)

Dengan menjadi pengguna ONEXOX secara otomatik melayakkan anda menyertai program USER GET USER atau UGU iaitu dengan memperkenalkan ONEXOX kepada rakan-rakan anda dan saudara mara anda semua. Sebagai imbuhan atas usaha anda membawa rakan-rakan menyertai keluarga ONEXOX, maka anda akan diberikan insentif sebanyak 6% daripada jumlah Top-up semua rakan-rakan anda tidak kira di mana mereka menambah nilai selama-lamanya.

large_TXYJ69zOtICF.jpg


TAMBAH NILAI / TOP-UP

Anda boleh menambah nilai akaun ONEXOX anda di mana-mana pusat jualan terpilih yang banyak terdapat di seluruh negara.

Top up hanya boleh dilakukan selepas berjaya membuat panggilan pertama yang berjawab setelah selesai pendaftaran akaun prabayar anda.

Anda boleh membeli top up daripada mana-mana pengedar sah ONEXOX dan pusat-pusat jualan yang dilantik melalui:

a. E-recharge daripada pengedar-pengedar sah ONEXOX.
b. Slip top up/kod elektronik XOX daripada semua terminal e-pay, MOL (Money Online) dan 7Eleven.
c. Top up menerusi portal Self Care


Top up akaun prabayar anda menerusi:

USSD
a. Top up akaun sendiri: dail *132*1*#

b. Top upkan akaun teman anda: dail *132*1**#
Contoh: *132*1**010300XXXX#

SMS
Top up akaun sendiri: taip REC<jarak>PR<jarak> dan hantar ke
22111

large_TIAVk7iGAkSM.jpg


10 KELEBIHAN ONEXOX

Mengapa anda harus beralih kepada ONEXOX? Telah ramai rakyat Malaysia yang menggunakan perkhidmatan prabayar ONEXOX amat berpuas hati dan mengambil bahagian dalam program User Get User atau sebagai usahawan telco yang menjadi punca pendapatan kedua mereka. Jom kita kita lihat semula apa kelebihan ONEXOX.


Apa tunggu lagi? Bertukarlah kepada ONEXOX. Untuk penjimatan yang berganda untuk anda sekeluarga.


ONEXOX PILIHAN RAKYAT MALAYSIA

Yang Sangat Jimat & Menguntungkan

Termurah dan 100% Tanpa Caj Tersembunyi !!

Beli Simkad


MNP (Mobile Number Portability)

Melalui MNP, anda boleh memindahkan langganan kepada ONEXOX dengan mengekalkan nombor telefon sedia ada. Anda tidak lagi perlu risau tentang mungkinan kenalan tidak dapat menghubungi anda.

Berikut adalah beberapa perkara yang perlu diambil perhatian sebelum membuat permohonan MNP:


Pelanggan Pascabayar (Postpaid):

  • Pastikan anda adalah pemilik akaun.
  • Langganan anda dalam berkeadaan aktif tanpa sebarang tunggakan bil dan tiada ikatan kontrak oleh penyedia rangkaian sedia ada.
  • Jika anda mempunyai talian tambahan, kesemua talian mesti dipindahkan bersama ATAU dipisahkan terlebih dahulu jika ada diantara talian tambahan tidak mahu dipindahkan.
  • Sila rujuk kepada penyedia rangkaian anda jika terdapat sebarang kesulitan semasa memohon untuk MNP ke ONEXOX.


Pelanggan Prabayar (Prepaid):

  • Pastikan anda ialah pemilik langganan.
  • Sila pastikan nama penuh serta nombor kad pengenalan untuk permohonan MNP adalah sama dengan butiran yang diberikan semasa mendaftar dengan langganan sedia ada.
  • Langganan anda dalam keadaan aktif.
  • Sila rujuk kepada penyedia rangkaian anda jika terdapat sebarang kesulitan semasa memohon untuk MNP ke ONEXOX.


Nota:
Proses pengaktifan mengambil masa 3 - 5 hari bekerja daripada tarikh permohonan dibuat.



large_VKqZNkPHudI5.jpg


OUT THERE WE ARE ONE ™



===================================================================

_*_*_*_*_*_*_ Panduan Asas Pengguna ONEXOX _*_*_*_*_*_*_


Selepas Menerima Simkad :

  • Buat panggilan keluar yang berjawab selama beberapa saat untuk aktifkan simkad.
    Call 12273 (Free) @ Call rakan anda (5sen bawah 10 saat).
  • Rujuk info dalam pamplet.
  • Pastikan anda buat tetapan 10 nombor Rakan & Family untuk kadar Panggilan & SMS yang rendah ke semua rangkaian.

Manual Ringkas & Tambah Nilai

  • Semak baki > SMS: BAL hantar ke 22111 @ *132# Call
  • Topup *132*1*PinCode16Angka# > CALL
  • Topup boleh didapati di 7Eleven / stesen minyak / ePay / MOL / online / Dealer ONEXOX

Pembahagian Akaun DA & MA

  • Pembahagian akaun DA & MA adalah keterbezaan rangkaian ONEXOX dengan lain-lain telco di pasaran.
  • Jika penggunaan anda lebih kepada Call & SMS, disarankan untuk membuat tambah nilai sekurang-kurangnya RM30 atau RM50 sekaligus kerana pembahagian ke akaun DA lebih banyak dan anda akan dapat nikmati lebih penjimatan.
  • Rujuk pamplet untuk tambah nilai dan pembahagian akaun DA & MA.

Tetapan 10 Nombor Rakan & Famili

  • Untuk lebih penjimatan, anda digalakkan untuk membuat tetapan 10 nombor Rakan & Famili ke MANA-MANA RANGKAIAN (Celcom / Maxis / Digi / Umobile / Altel / talian tetap TM / lain-lain).
  • Tetapan nombor Rakan & Famili - SMS: FnF ADD 012xxxxxxx hantar ke 22111
  • Semak senarai tetapan SMS: FnF LIST hantar ke 22111
  • Hapuskan nombor tetapan SMS: FnF DEL 012xxxxxxx hantar ke 22111

Langganan Data Internet

  • Langganan data internet sila rujuk pakej dalam pamplet.
  • Charge langganan data hanya akan ditolak dalam akaun MA sahaja.
  • Sila pastikan baki dalam MA anda mencukupi untuk membuat langganan data Internet.
  • Jika tidak mencukupi sila buat transfer dari DA ke MA contoh: sms TRNS DA JUMLAH (TRNS DA 30) dan hantar ke 22111
  • Transfer dari DA ke MA tidak ade had bermula dari 1 sen dan seterusnya.
  • Selepas selesai urusan transfer ke MA, rujuk pakej langganan untuk melanggan data internet.
  • Tunggu sehingga SMS makluman diterima.
  • Pastikan tetapan internet dalam telefon bimbit anda telah diaktifkan dan pastikan tetapan APN menggunakan nama XOX (sesetengah telefon bimbit tak perlu).
  • Jika gagal untuk melayari internet, cuba off & on semula telefon bimbit anda dan jika masih tidak berjaya, sila hubungi customer servis 12273 untuk bantuan.

Aplikasi Android Prepaid ONEXOX

Bagi memudahkan lagi untuk semak baki credit, transfer DA ke MA, langgan internet, semak baki data internet, dan lain-lain, sila install aplikasi "Prepaid ONEXOX (Official)" ke dalam smartphone anda. Aplikasi boleh dapatkan di Google PlayStore - Download Aplikasi Prepaid ONEXOX (Pengguna Android sahaja)

===================================================================

ONEXOX OFFICIAL WEBSITE
www.onexox.my

ONEXOX SELFCARE
selfcare.xox.com.my

ONEXOX DEALER / SAHABAT LOGIN
onesys.onexox.my

===================================================================


ZULCYBER ONEXOX

ZULCYBER ONEXOX
  • DYSD15462
  • 0106222210
  • 0106222210
  • 0106222210
  • Facebook

Facebook